Yakult 'belanja' Harimau Pekak Malaysia - Utusan Malaysia

Yakult ‘belanja’ Harimau Pekak Malaysia

SKUAD Harimau Pekak Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. terus komited dalam membantu arena sukan negara biarpun dalam suasana pandemik apabila melanjutkan tajaan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) bagi tempoh setahun lagi bermula Ogos 2021 hingga Ogos 2022.

Ia bukan kali pertama syarikat minuman probiotik itu menjalinkan kerjasama dengan MSDeaf kerana tahun lalu, Yakult turut membantu persiapan skuad Harimau Pekak Malaysia menjelang penampilan sulung dalam Piala Dunia 2020.

Kejohanan tersebut yang berlangsung di Mapo, Korea Selatan itu bagaimanapun terpaksa ditunda akibat penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.

HIROSHI HAMADA (dua dari kiri) bersama Ong Shin Ruen (dua dari kanan) dalam majlis penajaan di Pejabat MSDeaf dekat Kuala Lumpur.

“Diharap sokongan berterusan daripada pihak kami dapat membantu MSDeaf dan juga pasukan bola sepak mereka yang dalam persiapan menyertai pusingan kelayakan Deaflympics kali ke-24 di Caxias do Sul, Brazil pada Mei 2022.

“Selain itu, kami juga berharap suplemen probiotik Yakult dapat memastikan kesihatan atlet berada dalam kondisi yang terbaik.

“Ini kerana, 70 peratus kekebalan badan kita terletak pada usus dan sangat penting untuk memastikan usus kita sentiasa berada dalam keadaan yang optimum,” kata Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada dalam satu kenyataan, hari ini.

Majlis penyerahan penajaan itu berlangsung di Pejabat MSDeaf di Kuala Lumpur, melibatkan Hamada dengan MSDeaf yang diwakili presidennya, Ong Shin Ruen.

Penajaan bernilai RM40,000 itu merangkumi wang tunai berjumlah RM30,000, minuman probiotik Yakult dan barangan sukan iaitu 29 pasang kasut bola sepak yang diterima daripada Puma Jepun menerusi perjanjian kerjasama rakan Asean di antara pihak Yakult Malaysia bersama kelab Liga Jepun, Cerezo Osaka.

Menerusi perjanjian ini, Yakult menjadi Penaja Rasmi Minuman Probiotik kepada MSDeaf.

Harimau Pekak Malaysia, yang dibimbing oleh Manachai Sittisarn, kini berada dalam kelompok 24 pasukan terbaik dunia, malah turut menghuni ranking keenam Asia Pasifik dan juga kedua di ASEAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya