Bos Gaurus 'risik' Vida - Utusan Malaysia

Bos Gaurus ‘risik’ Vida

HASMIZA OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman tidak menolak kemungkinan bakal menjadi pemilik baharu Perak FC.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Vida bagaimanapun mahu meneliti terlebih dulu syarat dan rundingan yang akan diadakan sebelum memberi komitmen kepada pasukan bola sepak itu.

“Memang ada yang sudah risik (jadi pemilik baharu) dan saya pun memang minat. Apa-apa pun kena lihat dulu deal bagaimana.

“Saya perlu kaji pro dan kontra jika beli pasukan itu. Jika kena gaya, saya pasti setuju,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Hasmiza merupakan anak kelahiran Kelantan, namun sudah lama menetap di Perak.

Katanya, pengalaman menaja The Red Warriors (TRW) pada musim 2015 dan 2016 menyebabkan beliau lebih berhati-hati sebelum melibatkan diri dalam ­industri bola sepak tempatan.

Sebagai penaja atau pemilik, beliau tidak boleh berharap kepada situasi menang-menang yang akan memberi ­kelebihan kepada perniagaannya.

“Memang tiada win-win ­situation. Bola sepak kita bukan seperti di luar negara yang boleh jana pendapatan.

“Banyak perkara perlu saya fikir dan teliti sebab masalah utama kelab bola sepak di negara ini adalah membabitkan gaji pemain dan pengurusan,” katanya.

Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamed sebelum ini mencari pelabur yang berminat mengambil alih pasukan bagi menyelesaikan kemelut kewangan mereka.

Penyokong Bos Gaurus mencadangkan beberapa nama untuk menerajui Perak antaranya bekas Menteri Besar yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; bekas Presiden Pafa, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan bekas pengurus ­Perak FA, Datuk Jamal Nasir Rasdi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya