Vida jumpa Ahmad Faizal bincang beli Perak FC? - Utusan Malaysia

Vida jumpa Ahmad Faizal bincang beli Perak FC?

VIDA mengadakan pertemuan dengan Ahmad Faizal Azumu untuk mendapatkan pandangan mengenai Perak FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ura-ura pengambilalihan Perak FC oleh Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman memasuki episod baharu apabila jutawan kosmetik itu mengakui telah berjumpa dan berbincang dengan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Vida berkata, tiada sebarang keputusan diambil susulan pertemuan itu kerana ia lebih kepada perbincangan biasa untuk beliau mendapatkan gambaran tentang krisis dialami Bos Gaurus.

“Banyak perkara yang kita bincangkan sebab jika saya mahu jadi pemilik baharu Perak FC, saya perlu tahu kedudukan sebenar pasukan itu.

“Apa juga perkara termasuk sekecil-kecil isu perlu saya ketahui secara mendalam. Saya perlu tahu kedudukan kewangan, apa tanggungan mereka dan apa beban yang perlu saya galas nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Menurut Vida, dalam pertemuan tersebut, bekas Menteri Besar Perak itu memberi banyak nasihat dan kata-kata semangat untuk beliau jika berhasrat memiliki Bos Gaurus.

Katanya, Ahmad Faizal juga memberi ruang kepadanya untuk berfikir semasak-masaknya sebelum mengambil sebarang keputusan.

“Beliau pesan untuk ambil ruang dan masa. Ambil alih pasukan bola sepak ini bukan hanya melibatkan pemain, sebaliknya kena ambil tahu semua termasuk masalah.

“Beliau juga mahu saya tahu yang bola sepak ini bukan platform untuk berniaga. Bukan tiket untuk jana keuntungan pun sebab lebih banyak duit yang akan keluar nanti,” katanya.

Tambah Vida, sehingga kini, tiada sebarang pertemuan diadakan antara pihaknya dan pengurusan Perak FC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya