'United ditakdirkan muncul juara pada 26 Mei' - Utusan Malaysia

‘United ditakdirkan muncul juara pada 26 Mei’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer percaya, Manchester United sudah ditakdirkan untuk menjuarai Liga Europa awal pagi ini (3 pagi waktu Malaysia) kerana No. 26 bakal membawa tuah kepada pasukannya.

Pengendali Red Devils itu berkata, 26 Mei adalah tarikh istimewa yang menyaksikan United merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara pada 1999 selepas mengalahkan Bayern Munich dalam perlawanan akhir.

Solskjaer sendiri adalah sebahagian daripada skuad yang merangkul trofi Eropah pada tahun berkenaan, selain membantu mereka meraih kejuaraan treble.

Perlawanan menentang kelab Sepanyol, Villarreal di PGE Arena, Gdansk, Poland itu juga jatuh pada hari ulang tahun pengurus legenda kelab, Sir Matt Busby.

“Tarikh lahir isteri saya jatuh pada 26 hari bulan dan kami berkahwin juga pada 26 hari bulan, jadi saya harus percaya kepada takdir.

“Ia nombor istimewa untuk kami, keluarga saya dan pasukan.

“Saya tidaklah terlalu mempercayai perkara mistik, tetapi saya melihat ia sebagai petanda baik.

“Apa yang penting, pemain perlu memberikan aksi terbaik untuk mencari hadiah sempena ulang tahun kelahiran Sir Matt,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya