UiTM mangsa amukan Tok Gajah - Utusan Malaysia

UiTM mangsa amukan Tok Gajah

LEE Tuck meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika membantu Sri Pahang membelasah UiTM FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sri Pahang akhirnya mempamer kehebatan sebenar apabila melakar kemenangan kedua musim ini dengan membelasah UiTM FC 5-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.

Biarpun dikatakan perlawanan malam ini mungkin yang terakhir sebelum jendela perpindahan dibuka minggu depan, namun tetapi gol daripada trio penyerang import mampu memberi sedikit kelegaan buat Pahang.

Belum sempat pemain UiTM memanaskan badan, serangan pantas Pahang berjaya menghasilkan gol pada minit pertama menerusi sepakan deras Lee Tuck.

Masih ingin menambah jaringan, tempoh 10 minit pertama anak buah Dollah Salleh melancarkan serangan bertali arus ke arah pintu gol pelawat.

Melalui sepakan sudut, Muhamad Fazli Mazlan mempunyai peluang terbaik menewaskan penjaga gol pelawat, Muhamad Azfar Arif sekali gus menambah gol tetapi gagal dimanafaatkan peluang terbuka.

PEDRO Henrique diasak pemain UiTM FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur di Kuantan, malam ini. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF

Anak buah Frank Bernhardt tidak membiarkan Pahang terus menguasai perlawanan dengan sesekali melancarkan serangan tetapi sering terkandas di benteng pertahanan yang ketuai oleh Muhamad Muslim Ahmad dan Herold Goulon.

Peluang terbaik pelawat muncul pada minit ke-27 melalui sepakan bola mati yang diambil Mohd. Khairul Izuan tetapi berjaya ditepis keluar penjaga gol Sri Pahang, Mohd. Helmi Eliza Elias.

Walaupun selepas itu kedua dua pasukan saling berbalas serangan tetapi bola lebih banyak berkisar di tengah padang dan tidak banyak cubaan bahaya ke arah pintu gol lawan.

Cuma pada minit ke-32, penyerang import Pedro Henrique akhirnya berjaya mencetak gol kedua Sri Pahang selepas menerima bola hantaran Lee Tuck.

Memasuki babak kedua, corak permainan kedua-dua pasukan masih mengulangi aksi separuh masa pertama apabila tidak banyak perubahan melalui gerakan dan percubaan yang dilihat mampu menghasilkan gol.

Bagaimanapun pada minit ke-66, Sri Pahang menambah derita pelawat apabila Mohamad Baqiuddin menanduk masuk untuk gol ketiga tuan rumah.

Goulon menjadi pemain import ke tiga berjaya menjaringkan melalui sepakan penalti empat minit kemudian.

Pada minit ke-72, akibat kesilapan pemain pertahanan UiTM, Muhamad Fahmi Rizam Che Soh memudahkan Pahang mendapatkan gol ke lima selepas tertanduk bola ke gawang sendiri.

Pelawat mendapat peluang mendapat gol pertama melalui sepakan penalti tetapi sepakan Victor Nitennold berjaya diselamatkan Helmi Eliza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya