LONDON: Arsenal bakal berdepan misi sukar ketika bertemu Villareal dalam separuh akhir kedua Liga Europa di Stadium Emirates, Jumaat ini.
Bagaimanapun, kelebihan satu gol di tempat lawan dilihat memberikan sedikit ruang untuk skuad kendalian Mikel Arteta meneruskan misi memburu slot final di Gdansk, Poland dengan Manchester United sudah hampir pasti ke sana.
Arsenal berada di kedudukan kesembilan carta Liga Perdana dan tidak mempunyai peluang untuk layak ke saingan Eropah musim depan berdasarkan slot empat pasukan teratas liga berharap dapat menjulang Liga Eropah sebagai tiket untuk kembali ke Liga Juara-Juara.
Harapan Arteta seakan hancur apabila Dani Ceballos dibuang padang ketika aksi di Sepanyol minggu lalu selepas Villarreal mendahului 2-0 hasil jaringan Manu Trigueros dan Raul Albiol namun Nicholas Pepe berjaya merapatkan jurang gol menerusi sepakan penalti.
Kapten pasukan, Pierre-Emerick-Aubameyang juga kembali menemui sentuhan gol buat pertama kali sejak Mac dalam kemenangan 2-0 Arsenal ke atas Newcastle, Ahad lalu.
Arteta berkata, perlawanan itu adalah persiapan terbaik menjelang pertemuan menentang Villarreal.
“Ya, kerana kami lebih kuat dan mempamerkan aksi lebih meyakinkan.” katanya.
“Kami menjaringkan dua gol, tidak dibolosi, mengutip mata, dan beberapa persembahan individu yang cukup hebat.
“Satu-satunya kekecewaan ialah David (Luiz, yang cedera pada perlawanan itu) kerana dia cukup penting buat.-AGENSI