Tuchel 'marah' Chelsea kalah - Utusan Malaysia

Tuchel ‘marah’ Chelsea kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Thomas Tuchel mengakui, dia ‘marah’ dengan pemilihan barisan pemain yang dilakukannya sendiri selepas Chelsea tewas 0-1 kepada Arsenal hari ini dan menyebabkan persaingan kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris makin terbuka.

Kesilapan Jorginho membolehkan Emile Smith Rowe meledak gol tunggal kemenangan Arsenal di Stamford Bridge.

Kekalahan meletakkan Chelsea di tangga keempat dengan 64 mata, dua mata di belakang pasukan ketiga, Leicester ketika saingan berbaki dua perlawanan.

West Ham di tempat kelima dengan 58 mata, manakala Liverpool yang memiliki kelebihan dua perlawanan di kedudukan keenam menerusi 57 mata.

Liverpool akan berkunjung ke Manchester United esok dalam pertarungan penting untuk memburu kelompok empat terbaik liga.

PENJAGA gol Arsenal, Bernd Leno menyelamatkan gawangnya.

“Kami tidak cukup tajam, tiada tenaga seperti kebiasaan. Kami bertanggungjawab, saya bertanggungjawab, kami semua tak cukup bagus untuk memenangi perlawanan ini.

“Saya agak marah kerana kami melakukan terlalu banyak perubahan. Saya tidak gembira dengan pemilihan barisan permainan yang dilakukan.

“Tetapi saya tidak tahu apa akan berlaku, saya tidak rasa hari ini kami bermain seperti biasa, namun saya juga tidak boleh mengharapkan kami menang 100 peratus sepanjang masa,” kata Tuchel.

Menurut Tuchel, sebagai pengurus pasukan, dia bertanggungjawab atas kekalahan pasukannya.

Dalam aksi tersebut, Rowe menghukum hantaran ke belakang Jorginho pada minit ke-16 bagi menghidupkan peluang Arsenal untuk mencari tiket ke Liga Europa.

Skuad bimbingan Mikel Arteta kini menghuni tangga kelapan liga dengan mengumpul 55 liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya