PETALING JAYA: Berita baik buat peminat bola sepak negara, perlawanan persahabatan Malaysia menentang Bahrain awal esok akan disiarkan secara oleh stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV1 dan Astro Arena.
Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), siaran langsung akan bermula dari pukul 11 malam hingga 2 pagi.
Bagaimanapun perlawanan sebenar akan bermula pada pukul 7.30 malam waktu Bahrain bersamaan 12.30 tengah malam waktu Malaysia.
Malaysia yang dalam persiapan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tewas 1-4 kepada Kuwait dalam aksi pemanas badan pertama, Jumaat lalu. Bahrain pula mengikat pasukan Eropah, Ukraine 1-1 dalam perlawanan terakhir mereka.
Skuad Harimau Malaya bimbingan Tan Cheng He akan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi pembukaan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 pada 4 Jun ini.