Tiada tunggakan gaji Perak II - Utusan Malaysia

Tiada tunggakan gaji Perak II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiada lagi isu tunggakan gaji pasukan Perak FC II kerana sudah diselesaikan.

Pengurus pasukan, Azman Noh memberitahu, semua pemain telah menerima tunggakan gaji bulan Mac dan April masing-masing sehari sebelum hari raya.

Katanya, pembayaran tunggakan gaji pemain Perak II selepas campur tangan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.

“Bagi pihak semua pemain saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Menteri Besar di atas keprihatinan beliau.

“Dengan bantuan beliau, dapatlah pemain berhari raya dengan selesa,” katanya.

AZMAN NOH

Menurut Azman, yang lebih dikenali sebagai Cikgu Man, dengan itu semua pemain yang berdaftar dengan Perak II akan kekal sehingga tamat musim kecuali yang ada tawaran dari pasukan lain dengan tawaran lebih menarik.

Katanya, latihan tidak dibenarkan sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada 7 Jun nanti.

Jelasnya, arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga tidak membenarkan latihan kecuali latihan secara berpusat di mana-mana kem yang dikenal pasti.

“Pemain yang sudah berada di kampung halaman dibenarkan kekal di kampung dahulu dan apabila balik untuk latihan, kena buat ujian calitan,” katanya.

Menurutnya, Perak akan menentukan nanti bagaimana kaedah latihan yang akan dibuat dan perancangan latihan akan dibuat mengikut arahan dan ketetapan liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

“Pemain diberi jadual latihan yang perlu di lakukan di rumah masing masing

“Kita akan sentiasa memantau setiap aktiviti latihan mereka di kampung. Pemain wajib untuk menghantar laporan setiap hari melalui aplikasi Whatsap kepada pengurusan pasukan,” ujarnya.

Justeru beliau juga mengingatkan pemain supaya mengekalkan kecergasan masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya