The Cops naik taraf fasiliti - Utusan Malaysia

The Cops naik taraf fasiliti

KEADAAN dalam bilik persalinan PDRM FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kelab Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC mula mempamerkan perubahan daripada segi pentadbiran dan fasiliti pasukan dengan melakukan beberapa perubahan dalam usaha menaikkan semangat Sang Saka Biru dalam kalangan pemain mahupun kejurulatihan.

Walaupun dianggap perubahan dalam skala yang kecil namun usaha murni dan kesungguhan dilakukan The Cops seharusnya menjadi contoh kepada beberapa pasukan Liga Perdana.

Terbaharu bagi memenuhi kehendak profesional melalui penswastaan pasukan yang diperkenalkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), PDRM telah menaiktaraf fasiliti di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

BILIK mesyuarat skuad Sang Saka Biru.

Antara fasiliti yang telah dinaiktaraf adalah satu blok bangunan yang merangkumi ruang pejabat, bilik jurulatih dan ruang mesyuarat, kedai cenderamata, bilik persalinan dan tandas pemain serta bilik lounge.

Selain itu, PDRM FC mempunyai dua padang latihan dan akan dinaiktaraf dari semasa ke semasa. Usaha menaiktaraf ini merupakan salah satu misi dan visi yang jelas oleh pemilik dan disokong oleh pengurusan yang profesional.

Beberapa perubahan ini, bagi memastikan persiapan PDRM FC berjalan lancar juga merupakan satu tonik tambahan buat pasukan untuk bergerak lebih maju.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya