Tandukan Alisson selamatkan Liverpool - Utusan Malaysia

Tandukan Alisson selamatkan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tandukan penjaga gol, Alisson Becker pada waktu kecederaan membantu Liverpool melakar kemenangan dramatik 2-1 ke atas West Brom sebentar tadi, sekaligus menghidupkan peluang untuk menutup kempen Liga Perdana Inggeris musim ini dalam kelompok empat terbaik.

Biarpun sudah tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan, West Brom turun di The Howthorns dengan semangat tinggi apabila mendahului 1-0 menerusi Hal Robson-Kanu pada minit ke-15.

Reds tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Mohamed Salah pada minit ke-33.

Memasuki babak kedua, Liverpool bagaimanapun gagal menambah jaringan biarpun melancarkan serangan bertali arus.

ALISSON (tengah) diraikan rakan-rakan sepasukan selepas meledak gol kemenangan Liverpool di waktu kecederaan.

Ketika anak-anak buah Jurgen Klopp kelihatan akan menutup saingan dengan keputusan mengecewakan, Alisson muncul penyelamat apabila menanduk bola hasil sepakan penjuru empat minit masuk waktu kecederaan.

Kemenangan bermakna Liverpool hanya satu mata di belakang pasukan tangga keempat,Chelsea ketika liga berbaki dua perlawanan.

Chelsea akan berdepan pasukan yang menewaskan mereka dalam final Piala FA semalam, Leicester City pada perlawanan kedua terakhir liga esok.

Liverpool pula perlu memenangi dua baki perlawanan menentang Burnley dan Crystal Palace untuk menghidupkan peluang layak ke Liga Juara-Juara musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya