'Superstar' Ronaldo bakal terlepas Liga Juara-Juara? - Utusan Malaysia

‘Superstar’ Ronaldo bakal terlepas Liga Juara-Juara?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN: Tiba di Itali dengan misi membantu Juventus menjulang Liga Juara-Juara, Cristiano Ronaldo bukan saja gagal memenuhi sasaran itu, malah berisiko tidak dapat bermain dalam saingan kelab elit Eropah tersebut musim depan.

Juventus, juara Serie A 36 kali, malah pernah memenangi gelaran sembilan musim berturut-turut kini di ambang gagal menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik, kedudukan automatik ke Liga Juara-Juara musim depan.

Kekalahan 0-3 kepada AC Milan di laman sendiri pagi tadi menyebabkan Juventus kini menghuni tangga kelima ketika liga berbaki tiga perlawanan.

Dalam aksi tersebut, Brahim Diaz meletakkan Milan di depan dan dua lagi gol mereka disempurnakan oleh Ante Rebic dan Fikayo Tomori.

Ia amat mengecewakan Juventus, yang hanya melancarkan satu percubaan ke gawang lawan dalam tempoh 90 minit permainan.

Juventus akan bertandang ke Sassuolo pada Rabu, sebelum menerima kunjungan pasukan yang baru dinobat sebagai juara, Inter Milan, Sabtu ini dan menutup musim dengan bertemu Bologna.

Spekulasi mengenai masa depan Ronaldo kini berterusan.

Beberapa akhbar Itali mendakwa, bintang Portugal itu ‘bersedia melakukan apa saja’ untuk kembali menyarung jersi Manchester United.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya