Suarez bantu Atletico julang kejuaraan La Liga - Utusan Malaysia

Suarez bantu Atletico julang kejuaraan La Liga

PEMAIN Atletico Madrid meraikan jaringan Luis Suarez (terbaring) ketika menentang Real Valladolid dalam aksi terakhir La Liga hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Luis Suarez bukan lagi berusia 21 tahun, namun jaringannya yang ke-21 musim ini membantu Atletico Madrid menjulang kejuaraan La Liga dengan penuh dramatik pada hari terakhir sebentar tadi.

Selepas ‘dibuang’ oleh Barcelona musim lalu, penyerang veteran Uruguay itu membuktikan bekas pasukannya telah melakukan satu kesilapan besar apabila memainkan peranan hebat dalam membantu Atletico melakar kejuaraan pertamanya sejak 2014.

Atletico bangkit dari ketinggalan 0-1 untuk menumpaskan Valladolid 2-1 di tempat lawan, sekali gus mengecewakan jiran mereka, Real Madrid yang turut melakar kemenangan 2-1 ke atas Villarreal.

Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Diego Simeone menutup kempen dengan 86 mata, dua mata mengatasi Real.


PEMAIN Atletico Madrid, menjulang jurulatih mereka, Diego Simeone selepas muncul juara Liga Sepanyol dengan mengalahkan Real Valladolid 2-1 pada hari terakhir di Stadium Jose Zorilla, Valladolid sebentar tadi. – AFP

Bekas pasukan Suarez, Barcelona yang mengalahkan Eibar 1-0 menamatkan liga di tangga ketiga menerusi 79 mata, diikuti Sevilla di tempat keempat (74).

Ini adalah kejuaraan La Liga ke-11 dalam sejarah Atletico, namun yang kedua di bawah bimbingan Simeone.

Atletico bagaimanapun dikejutkan terlebih dulu dengan jaringan pembukaan tuan rumah menerusi Oscar Plano seawal minit ke-18.

Selepas ketinggalan 0-1 pada babak pertama, Atletico menggandakan asakan di separuh masa kedua dan Angel Correa berjaya menyamakan kedudukan di minit ke-57 menerusi tolakan kaki kanan.

Suarez, 34, tidak menunggu lama untuk meletakkan Atletico di depan, sekali gus mengesahkan kemenangan mereka apabila melepaskan rembatan pada minit ke-67. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya