SOP sukan, rekreasi diberi kelonggaran - Utusan Malaysia

SOP sukan, rekreasi diberi kelonggaran

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mempertimbangkan rayuan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk melihat semula keputusan prosedur operasi standard (SOP) sektor sukan dan rekreasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 7 hingga 20 Mei ini.

Antara kelonggaran yang dipertimbangkan adalah aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan terbuka tanpa sentuhan fizikal seperti joging, berbasikal, senaman dan lain-lain dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter.

Aktiviti tersebut boleh diteruskan bermula esok, namun hanya boleh dilakukan di kawasan kejiranan atau terhad di mana-mana kawasan dalam daerah yang sama tertakluk kepada arahan PKP yang sedang berkuat kuasa.

Sementara itu, kelonggaran lain bagi sektor sukan dan rekreasi akan diperhalusi dalam mesyuarat teknikal MKN yang seterusnya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berterima kasih kepada ahli Sidang Khas MKN khususnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan KBS.

Beliau turut berharap peminat dan penggiat sukan untuk terus melaksanakan aktiviti kecergasan dengan selamat sepanjang tempoh PKP ini.

“Kita masih lagi belum menang dalam melawan penularan COVID-19. Justeru, semua pihak hendaklah memainkan peranan yang lebih berkesan agar pelaksanaan PKP pada kali ini benar-benar mencapai matlamat yang dihasratkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya