Siapa lagi akan tinggalkan Perak? - Utusan Malaysia

Siapa lagi akan tinggalkan Perak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ketua Jurulatih Perak FC, Chong Yee Fatt tidak mempunyai maklumat tepat siapa lagi pemain yang bakal meninggalkan pasukan dalam masa terdekat.

Katanya, selain Shahrul Saad, Guilhelme De Paula (Johor Darul Ta’zim), J. Partiban dan Kenny Pallraj (Kuala Lumpur City), beliau difahamkan ada beberapa lagi pemain turut menerima lamaran pasukan lain.

“Saya tidak dapat menyatakan secara tepat siapa hendak pergi.  Saya hanya akan tahu berapa pemain skuad Liga Super Bos Gaurus masih kekal bagi menghadapi baki kempen musim ini apabila pemain kembali untuk latihan selepas hari raya nanti.

“Saya bersedia menghadapi kemungkinan-kemungkinan tidak diingini.

“Tidak ada apa yang boleh dilakukan melainkan meneruskan perjuangan dengan tenaga muda dari pasukan Perak II.

“Mereka inilah yang akan menggalas tanggungjawab memastikan pasukan Perak tidak tercicir ke Liga Perdana.

“Pemain-pemain muda inilah yang akan menjadi wira baharu Bos Gaurus,” katanya Utusan Malaysia hari ini.

Yee Fatt yang kenal majoriti pemain terkilan kerana pemain yang dibentuk dari pemain aparentis hingga menjadi ternama, akhirnya meninggalkan kapal ketika lautan ‘bergelora’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya