Shahrul, De Paula milik JDT - Utusan Malaysia

Shahrul, De Paula milik JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Belum pun reda ‘gelora’ di Perak, dua tonggak Bos Gaurus, Shahrul Mohd. Saad dan Guilherme De Paula menambah keresahan penyokong mereka apabila sah menjadi milik Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selepas membuat permohonan untuk dilepaskan oleh Perak, Shahrul dan pemain naturalisasi Harimau Malaya, De Paula diperkenalkan secara rasmi oleh JDT hari ini dalam Facebook rasmi mereka, JOHOR Southern Tigers (JST).

JST muat naik gambar kedua-dua pemain itu memegang kontrak bersama pengendali pasukan, Benjamin Mora dan pihak pengurusan, Alistair Edwards serta Martin Prest.

Penyertaan kedua-dua pemain kebangsaan itu akan terus menguatkan barisan bintang yang dimiliki skuad JDT, sekali gus boleh dikatakan hampir 100 peratus kesebelasan skuad negara berada bersama juara Liga Super tujuh kali berturut-turut itu.

SHAHRUL Mohd. Saad (kanan) dan Guilherme De Paula diperkenalkan sebagai pemain JDT hari ini. – IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS

Kemungkinan besar Shahrul dan De Paula bakal diturunkan dalam aksi menentang Penang FC di Stadium Bandaraya, malam ini sebelum Liga Malaysia berehat sehingga Julai.

Perkembangan terbaharu itu pasti menambah ‘derita’ Bos Gaurus yang kini dihimpit isu gaji hingga menyebabkan pemain bertindak memulaukan sesi latihan di Ipoh malam tadi.

Lebih membimbangkan peminat, apakah pemain Perak akan turut memulaukan perlawanan Liga Super menentang Sri Pahang malam esok kerana jika itu berlaku, ia akan menjadi detik hitam dalam sejarah bola sepak negeri tersebut.

Selepas mengharungi 12 perlawanan, Bos Gaurus kini menghuni tangga kesembilan daripada 12 pasukan selepas mengutip 12 mata hasil enam kekalahan, tiga kemenangan dan tiga seri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya