Shahrul, De Paula mahu angkat kaki - Utusan Malaysia

Shahrul, De Paula mahu angkat kaki

SHAHRUL MOHD. SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak menerima tamparan hebat apabila ketua pasukan, Shahrul Mohd. Saad dan pemain naturalisasi, Guilherme De Paula minta dilepaskan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pe­rak, Rizal Ali Naizali berkata, kedua-dua pemain menyuarakan hasrat tersebut semalam.

Shahrul, 27, sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Pahang tapi tiada sebarang perkhabaran mengenai De Paula.

Menurut Rizal, setakat ini hanya Selangor menyatakan minat terhadap Shahrul walaupun dibuat secara tidak rasmi.

“Saya kira Selangor bertindak profesional dengan meng­hubungi Perak,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kata Rizal, beliau akan me­ngadakan rundingan dengan ejen De Paula dan Shahrul dalam tempoh terdekat

“Saya ingin tahu apa sebenarnya dalam perancangan mereka,” katanya.

Guilherme De Paula

Rizal bagaimanapun menafikan keputusan Shahrul dan De Paula ada kaitan dengan Perak yang didakwa terhutang tiga bulan gaji.

Tegasnya, kelab itu hanya berhutang sebulan gaji iaitu untuk bulan April.

Begitupun beliau mengakui, dua pemain import, Careca dan Leandro, selain De Paula belum dibayar gaji kerana tidak cukup wang, manakala beberapa tonggak tempatan diberi saguhati RM10,000
seorang.

Baki gaji mereka akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri , 13 Mei ini.

“Kita sudah bayar gaji Mac dan akan memastikan tunggakan hanya sebulan,” katanya semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya