Selamat maju jaya untuk skuad orang pekak Harimau Malaysia - Utusan Malaysia

Selamat maju jaya untuk skuad orang pekak Harimau Malaysia

SKUAD Harimau Pekak Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendoakan kejayaan skuad bola sepak orang pekak Malaysia yang akan berjuang dalam pusingan kelayakan Bola sepak Orang Pekak Peringkat Asia-Pasifik di Kepuluan Kish, Iran bermula 1-11 Jun ini.

Beliau berkata, kejohanan itu sangat penting buat pasukan negara dan mereka perlu berada dalam kelompok empat terbaik untuk layak ke Sukan Olimpik Orang Pekak ke-24 bermula 1-15 Mei 2022 di Brazil.

Katanya, sebanyak lapan pasukan terbaik Asia Pasifik akan bertanding di kejohanan itu termasuk Iran, Korea Selatan, Kazakhstan, Uzbekistan, Iraq dan Thailand bagi mencari tempat di temasya Sukan Olimpik Orang Pekak di Brazil.

“Mereka ini bagaimanapun sudah mencipta sejarah tersendiri apabila layak ke pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Dunia Orang Pekak pada 2023 bersama 23 lagi pasukan lain.

“Saya ingin mengajak untuk sama-sama mendoakan kejayaan pasukan kita ini. Kita mengharapkan mereka dapat bermain dengan cemerlang dan seterusnya layak ke Deaflympics di Brazil nanti.

“Saya doakan supaya anda semua dalam keadaan baik. Semoga perjalanan ke Iran hari ini berjalan lancar,” katanya dalam media sosial hari ni.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya