Sean harap ada 'cahaya' di UiTM - Utusan Malaysia

Sean harap ada ‘cahaya’ di UiTM

SEAN GAN GIANNELLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain tengah Kuala Lumpur City (KL City), Sean Gan Giannelli berharap ada sinar baharu untuknya mendapat lebih minit permainan selepas dipinjamkan ke UiTM sehingga tamat saingan Liga Super musim ini.

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II) ini hanya beberapa kali sahaja diturunkan sebagai pemain gantian dan paling lama beraksi hanya untuk 22 minit baki perlawanan sahaja pada pertembungan dengan UiTM FC, 8 Mei lalu.

Mengakui persaingan yang cukup sengit untuknya mendapat tempat dalam pasukan Kuala Lumpur, Sean merasakan keputusannya adalah tepat untuk dipinjamkan ke skuad kendalian Frank Bernhardt bagi merebut peluang membuktikan kemampuan di atas padang.

“Saya percaya peluang untuk kerap beraksi lebih cerah sekiranya saya bermain dengan UiTM dan dengan baki saingan liga sekarang ini, saya tidak mahu terlepas peluang ini.

“Saya ada mendapat beberapa tawaran juga daripada pasukan Liga Perdana, tetapi saya merasakan UiTM lebih sesuai untuk saya cuba pada musim ini.

“Saya rasa UiTM perlukan sesuatu yang lebih segar dan baharu untuk mereka memulakan kembali baki perlawanan selepas ini, dan saya percaya dengan kehadiran saya, penjaga gol, Zamir Selamat dan juga import baharu mereka dapat menyumbang sesuatu,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

Ini merupakan musim kedua Sean bersama Kuala Lumpur sebelum dipinjamkan ke UiTM di mana kontraknya akan berakhir pada penghujung musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya