Salah ucap tahniah Kane rangkul Kasut Emas - Utusan Malaysia

Salah ucap tahniah Kane rangkul Kasut Emas

HARRY Kane muncul penjaring terbanyak EPL musim 2020/2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mohamed Salah memuji dan mengucapkan tahniah kepada Harry Kane selepas penyerang Tottenham itu menewaskannya untuk memenangi anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Kane, 27, mengenepikan Salah dalam perebutan penjaring terbanyak liga itu menerusi kelebihan satu gol selepas meledak jaringan buat Spurs ketika menumpaskan Leicester City 4-2 pada hari terakhir liga malam tadi.

Penyerang England itu mengumpul 23 gol selepas mengharungi 38 perlawanan, manakala Salah yang memainkan peranan besar dalam membantu Liverpool layak ke Liga Juara-Juara musim depan mengumpul 22 jaringan.

MOHAMED SALAH

Salah, 28, mengenepikan kekecewaan gagal meraih Kasut Emas musim ini dengan mengucapkan tahniah kepada Kane di media soal.

“Sangat hebat, anda berhak! Tahniah!,” tulis bintang Mesir itu dalam Twitter.

Salah mungkin tidak menjaringkan gol dalam perlawanan terakhir liga, namun gerakan-gerakan dan persembahan hebatnya membantu Liverpool menumpaskan Crystal Palace 2-0 di Anfield untuk menutup kempen di tangga ketiga. – AGENSI

 

10 PENJARING TERBANYAK LIGA PERDANA INGGERIS 2020/2021

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya