Reezal bangga pencapaian Malaysia di Slovenia - Utusan Malaysia

Reezal bangga pencapaian Malaysia di Slovenia

CHOONG Hong Jian-Toh Ee Wei muncul juara beregu campuran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berbangga dengan dua kejuaraan yang diraih skuad badminton negara di Kejohanan Antarabangsa Slovenia, awal pagi tadi.

Kejayaan itu hadir menerusi gandingan beregu campuran, Choong Hong Jian-Toh Ee Wei dan beregu wanita, Low Yeen Yuan-Valeree Siow.

LOW Yeen Yuan-Valeree Siow merangkul gelaran beregu wanita.

Dalam kejohanan bertaraf Cabaran Antarabangsa itu, Hong Jian-Ee Wei menewaskan pasangan Indonesia Muh Putra Erwiansyah-Sofy Al Mushira Asharunnisa 21-18, 21-18 manakala Yeen Yuan-Valeree menang 21-11, 21-15 ke atas pilihan ketiga dari Denmark, Isabella Nielsen-Marie Louise Steffensen.

“Tahniah kepada Choong Hon Jian dan Toh Ee Wei serta Low Yeen Yuan dan Valeree Siow yang telah menjuarai kategori masing-masing awal pagi tadi.

“Teruskan usaha dan prestasi cemerlang ini. Malaysia is proud of you (Malaysia berbangga dengan pencapaian anda),” katanya menerusi laman Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya