Red Giants memang kental - Neitzel - Utusan Malaysia

Red Giants memang kental – Neitzel

IFEDAYO OLUSEGUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada istilah menyerah sebelum kalah menjadi faktor Selangor berupaya bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Petaling Jaya (PJ) City 2-1 dalam saingan Liga Super semalam.

Jurulatih Selangor, Karsten Neitzel berkata, dia kagum dengan mentaliti anak-anak buahnya yang tidak mudah menyerah kalah dalam saingan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu.

Katanya, skuad Gergasi Merah agak bergelut pada separuh masa pertama apabila sukar untuk mencipta peluang selain berdepan masalah untuk mengatasi serangan balas daripada skuad bimbingan P. Maniam itu.

“Oleh sebab itu saya tukar taktikal dan memasukkan beberapa pemain pada separuh masa kedua.

“Hasilnya saya dapat lihat pemain gantian mempamerkan aksi cemerlang dengan membantu pasukan untuk bangkit dan memenangi perlawanan ini.

“Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati dengan apa yang pemain berikan.

“Saya mahu pemain teruskan momentum pada dua aksi seterusnya menentang Sri Pahang dan Terengganu minggu ini,” kata Neitzel dalam sidang akhbar selepas tamat perlawanan.

Dalam perlawanan semalam, Selangor sudah di ambang kekalahan apabila ketinggalan 0-1 ketika saingan menunggu masa untuk ditamatkan, namun dua jaringan Ifedayo Olesegun di hujung permainan membolehkan Red Giants melakar kemenangan sensasi 2-1

Selangor yang kini menduduki tangga kelima liga akan berdepan Pahang di Kuantan, Rabu ini sebelum menerima kunjungan Terengganu pada Ahad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya