Real Madrid masih 'bernyawa' - Utusan Malaysia

Real Madrid masih ‘bernyawa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Real Madrid terus memberi tekanan kepada Atletico Madrid dalam perebutan gelaran La Liga apabila membenam Granada 4-1 pagi tadi untuk merapatkan jurang kepada dua mata ketika saingan berbaki dua perlawanan.

Seri atau kalah buat Real akan membuka peluang Atletico merangkul kejuaraan Ahad ini, namun Luka Modric, Rodrygo, Alvaro Odriozola dan Karim Benzema memastikan Los Blancos masih ‘bernyawa’ dengan meledak gol di Los Carmenes.

Atletico akan dinobat selaku juara hujung minggu ini jika mengalahkan Osasuna dan Real pula gagal menang di Athletic Bilbao.

Begitupun pemburuan kejuaraan liga utama Sepanyol itu penuh kejutan dan semuanya  belum terjamin.

“Kami masih mengejar (kejuaraan). Ada dua lagi perlawanan perlu diharungi, kami kena menang dan hari ini kami melakukannya,” kata pengurus Real, Zinedine Zidane.

“Kami hanya boleh terus memberi tekanan kepada Atletico dan berharap mereka tidak menang dua perlawanan terakhir,” kata penjaga gol Thibaut Courtois.

Pasukan tangga ketiga, Barcelona juga masih berpeluang walaupun seri 3-3 di Levante semalam menyebabkan mereka perlu berharap kepada keputusan memihak kepada kelab itu jika mahu menukar defisit empat mata dalam dua perlawanan terakhir.

Real berdepan cabaran besar sejak kebelakangan ini kerana dibelenggu kecederaan dan tanpa pemain utama namun barisan muda menampilkan persembahan baik ketika mengetepikan Granada yang awal bulan ini menewaskan Barca di Camp Nou.

Zidane meletakkan tiga pemain berusia 20 tahun dan seorang 19 tahun dalam kesebelasan utama walaupun berisiko dalam menghadapi perlawanan paling penting kelab itu musim ini namun barisan muda itu tidak mengecewakan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya