Ranking No. 1 dunia bakar semangat Fadhil - Utusan Malaysia

Ranking No. 1 dunia bakar semangat Fadhil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia kini memiliki permata baharu menerusi berbasikal trek apabila Fadhil Zonis diumumkan selaku pelumba No. 1 dunia dalam acara ujian masa oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Pelumba berusia 24 tahun itu unggul dengan mengumpul 1,762.50 mata setelah mengutip 720 mata apabila memenangi pingat perak menerusi acara 1 kilometer (km) ujian masa dalam kejohanan Piala Negara-Negara di Hong Kong minggu lalu.

Fadhil, yang juga pelumba Yayasan Sime Darby menyifatkan pencapaian itu sebagai pembakar semangat untuk mengharungi cabaran dalam arena tersebut.

“Alhamdulillah. Saya tahu ia adalah ranking semata-mata, namun ini pemangkin keyakinan untuk saya meneruskan langkah dalam kerjaya berbasikal saya,” katanya dalam Twitter, semalam.

Pelumba Selangor itu juga pemegang rekod kebangsaan dan Asia bagi acara 1km ujian masa dengan catatan 1:00.305s pada Kejohanan Dunia di Berlin tahun lalu.

Seorang lagi pelumba negara, Ridwan Sahrom yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat di Hong Kong menghuni ranking ke-25 selepas mengumpul 600 mata.

Kejayaan Ridwan di sana turut membolehkan Malaysia menaiki 13 anak tangga untuk kedudukan ketujuh dunia setelah mengumpul 1,412.50 mata.

Sementara itu, jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang kehilangan takhta No. 1 acara pecut setelah tidak mengambil bahagian dalam kejohanan di Hong Kong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya