Rahsia Nafuzi dalam poket Latiff - Utusan Malaysia

Rahsia Nafuzi dalam poket Latiff

LATIFF SUHAIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertahanan Penang FC, Abdul Latiff Suhaimi arif dengan taktikal Ke­tua Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam ini.

Nama Nafuzi, 43, makin menjadi sebutan dan dianggap antara jurulatih tempatan terbaik selepas melebur rekod 21 bulan tanpa kalah Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu.

Latiff pernah bermain di bawah Nafuzi ketika dia menjadi penolong jurulatih Terengganu di bawah Irfan Bakti Abu Salim dari 2017 hingga 2018.

Kata Latiff, Nafuzi bukan saja hebat dalam mencatur taktikal, malah mampu menaikkan semangat serta motivasi pemain.

“Nafuzi penolong Irfan ketika saya mewakili Terengganu. Secara peribadi, saya lihat dia seorang jurulatih yang peka dan mampu memperincikan setiap perancangan sebelum mengharungi satu-satu perlawanan.

“Dia juga ada falsafah bola sepak moden dengan menerapkan corak serangan pantas, selain mementingkan pemain yang memiliki intensiti serta skil yang tinggi,” katanya.

Pemain berusia 32 tahun itu bagaimanapun yakin skuad Harimau Kumbang kendalian Thomas Trucha boleh melakar keputusan positif selepas menduduki tangga keempat liga dengan mengumpul 19 mata dan hanya mengalami satu kekalahan selepas 10 perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya