Rahmat buat Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Rahmat buat Harimau Malaya

SHAHRUL Mohd. Saad (dua dari kanan) dan Guilherme De Paula (dua dari kiri) diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain JDT. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kehilangan kap­ten, Shahrul Mohd. Saad dan penyerang, Guilherme De Paula realiti yang amat menyakitkan buat penyokong Perak.

Bagaimanapun bagi peminat bola sepak tempatan, penghij­rahan mereka ke Johor Darul Ta’zim (JDT) menguntungkan skuad bola sepak kebangsaan.

Kehadiran pemain natura­lisasi Harimau Malaya, De Paula dan pertahanan tengah, Shahrul di Johor bermakna sebahagian besar tonggak skuad kebangsaan kini berlatih di bawah satu bumbung.

“Persembahan dan mutu permainan sesebuah pasukan bola sepak bergantung kepada keserasian dan persefahaman antara pemain.

“Apabila pemain terlibat bermain bersama dalam tempoh lebih lama, keserasian pasti meningkat sekali gus memberi kesan positif kepada persembahan skuad kebangsaan,” kata seorang peminat, Muhammad Zaki Supaid, 38, kepada Mingguan Malaysia semalam.

MUHAMMAD ZAKI SUPAID

Semalam, JDT memperkenalkan Shahrul, 27, dan De Paula, 34, sebagai keluarga Harimau Selatan sehari selepas mereka meminta untuk dilepaskan oleh Perak.

“Selamat datang ke rumah sang juara,” menurut JDT dalam Facebook JOHOR Southern ­Tigers.

“Tan Cheng Hoe (jurulatih Harimau Malaya) pasti terse­nyum. Semua pemain berkumpul di Johor, bagus juga,” kata seorang lagi penyokong Fauzi Mohamad, 28.

MOHD. BADRUL HISYAM

Sementara itu, peminat JDT, Mohd. Badrull Hisyam Adam, 31, percaya penyertaan Shahrul dan De Paula mampu mening­katkan tahap dan mutu permainan skuad Harimau Selatan.

“Setiap kali pemain baharu menyertai JDT, kita akan dapat lihat mutu permainan lebih baik, situasi sama berlaku de­ngan perpindahan dua pemain ini.

“Saya percaya mereka akan membantu JDT terus mengukuh­kan kedudukannya bukan sahaja sebagai kelab bola sepak utama tanah air, tetapi juga untuk melakar nama di pe­ringkat antarabangsa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya