MUGELLO: Pendahulu kejuaraan MotoGP dunia, Fabio Quartararo terus cemerlang apabila menyambar petak keempat berturut-turut selepas mendominasi pusingan kelayakan dengan rekod baharu sepusingan pada Grand Prix (GP) Itali sebentar tadi.
Penunggang Yamaha dari Perancis itu mengenepikan cabaran pelumba Ducati, Francesco Bagnaia yang sebelum itu mencatat masa terpantas dalam ketiga-tiga sesi latihan.
Quartararo, juara GP Doha dan Portugal mencatat kepantasan 1 minit, 45.187 saat, 0.230s mengatasi Bagnia.
Seorang lagi pelumba Ducati yang memburu kejuaraan hatrik, Jack Miller menamatkan sesi kelayakan dengan catatan masa kelima terpantas.
Johann Zarco (Ducati) dan Aleix Espargaro (Aprilia) masing-masing melengkapkan petak ketiga serta keempat, manakala penunggang KTM, Brad Binder di tempat keenam. – AGENSI
KEDUDUKAN GRID GRAND PRIX ITALI