Quartararo hadiahkan kemenangan buat Jason - Utusan Malaysia

Quartararo hadiahkan kemenangan buat Jason

FABIO Quartararo meraikan kemenangan di Litar Mugello dengan penuh emosi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUGGELLO: Fabio Quartararo merangkul kejuaraan MotoGP ketiganya musim ini selepas menakluk Grand Prix (GP) Itali sebentar tadi, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu kejuaraan dunia.

Kemenangan itu membolehkan pelumba pasukan Penunggang Monster Energy Yamaha MotoGP dari Perancis itu mengumpul 105 mata, 24 mata mengatasi pencabar terdekatnya, Johann Zarco dari pasukan Ducati.

Quartararo, 22, melengkapkan 23 pusingan perlumbaan dengan catatan 41 minit 16.344 saat (s), manakala tempat kedua  milik Miguel Oliveira dari pasukan KTM. (+2.592s) dan penyandang juara dunia, Joan Mir yang menunggang Suzuki melengkapkan podium ketiga (+3.000s).

“Sejujurnya kami memulakan perlumbaan dalam keadaan penuh beremosi dan memberi penghormatan buat Jason (Dupasquier) selama seminit.

“Setiap kali melalui selekoh ke-9, terlintas dalam fikiran tentang Jason. Kemenangan ini saya hadiahkan kepadanya.

“Kami memperoleh kemenangan dalam masa sama kehilangan rakan pelumba,” katanya selepas perlumbaan.

Quartararo, 22, yang memulakan perlumbaan dari petak pertama memenangi perlumbaan ketiganya musim ini selepas turut muncul juara di GP Doha dan Portugal.

Hasrat penunggang Australia, Jack Miller dari pasukan Ducati untuk merangkul kejuaraan hatrik tidak kesampaian selepas menamatkan perlumbaan di tempat keenam, manakala Zarco menghuni tangga kelima.

Pelumba Moto3 Switzerland, Jason Dupasquier disahkan meninggal pada usia 19 tahun hari ini akibat kecederaan yang dialami selepas terlibat dalam kemalangan ketika beraksi pada sesi  kelayakan semalam. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya