PSM bakal berkubur? - Utusan Malaysia

PSM bakal berkubur?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas Kelantan, lima lagi ahli gabungan dijangka meninggalkan Persatuan Sepktakraw Malaysia (PSM) bagi membentuk persatuan baharu.

Tindakan itu susulan penggantungan Presiden, Datuk Seri Ahmad Ismail selama 15 tahun daripada sebarang aktiviti sepak takraw dan PSM bakal menerima nasib sama dalam  perbicaraan Jawatankuasa Disiplin Persekutusan Sepak Takraw Asia (Astaf), 20 Mei ini.

Gabungan Sepaktakraw Kelantan (Gastak) menjadi persatuan pertama meninggalkan badan induk itu berkuat kuasa serta-merta semalam, manakala beberapa negeri lain termasuk Selangor, Perak, Perlis, Kedah serta Johor bakal menyusul hari ini.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Selangor, Datuk Markiman Kobiran berkata, tiada guna ahli gabungan sedia ada untuk terus bersama PSM kerana persatuan itu sedang digantung dan tidak boleh terlibat dengan sebarang aktiviti sepak takraw.

Tindakan itu susulan Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail atau lebih dikenali Tok Mat, digantung selama 15 tahun daripada sebarang aktiviti sepak takraw selain badan induk tersebut bakal menerima nasib sama semasa sesi perbicaraan Jawatankuasa Disiplin Persekutusan Sepak Takraw Asia (Astaf), 20 Mei ini.

Markiman Kobiran

“Kami ada dua pilihan, yang pertama tunggu sehingga Tok Mat (Ahmad) dan PSM habis penggantungan sebelum menyambung semula segala aktiviti berkaitan tetapi mustahil kami nak tunggu selama beberapa tahun. Sekarang ini pun tiada aktiviti dibenarkan kerana digantung sementara.

“Yang kedua, kami tinggalkan PSM dan bentuk pertubuhan baharu dengan perlembagaan tersendiri dan menjadi ahli gabungan Astaf yang sah. Perkara ini dilihat lebih ideal,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Difahamkan, mereka ini sudah mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia bagi mendapatkan penjelasan mengenai penubuhan persatuan baharu itu.

Sementara itu, Markiman mengakui sangat malu dengan permasalahan yang melanda PSM termasuk penggantungan Tok Mat kerana ia memberi bayangan bahawa Malaysia sudah tidak dihormati oleh ahli gabungan lain di dalam Astaf.

Katanya, semasa sesi perbicaran disiplin Tok Mat, kesemua ahli panel Astaf tidak menunjukkan sebarang belas ihsan kepada Presiden PSM itu sebaliknya lebih tertumpu untuk memberikan hukuman semata-mata.

“PSM juga bakal menerima nasib sama kerana mereka tidak memberi jawapan kepada Astaf kenapa mereka tidak sewajarnya digantung.

“Seharusnya mereka jawab dahulu seperti yang diminta Astaf sebelum mengambil tindakan undang-undang lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya