PSM ada 14 hari merayu - Utusan Malaysia

PSM ada 14 hari merayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) mempunyai masa 14 hari untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman penyingkiran badan induk sukan tradisional negara itu daripada Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

Pesuruhjaya Sukan, Ibrahim Mohd Yusof berkata PSM masih mempunyai ruang untuk menghantar rayuan manakala ahli gabungan boleh mengemukakan usul mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) selepas ini bagi menentukan hala tuju badan induk kebangsaan itu.

Katanya, pihaknya akan memberi ruang kepada PSM untuk menyelesaikan masalah itu secara sendirian tanpa perlu campur tangan daripada pihak kerajaan.

“Kalau dilihat daripada perlembagaan PSM, pembubaran bukan berlaku secara automatik.

“Berdasarkan perlembagaan PSM, mereka kena dapatkan sokongan dua per tiga dalam mesyuarat agung atau meyuarat agung luar biasa sebab ia tidak akan berlaku secara automatik. Semuanya bergantung kepada perlembagaan,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Astaf mengugurkan PSM sebagai ahli gabungan mereka selepas didapati bersalah susulan tindakan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Ismail di atas kapasitinya sebagai timbalan presiden Astaf memohon campur tangan Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa berhubung isu pemilihan badan induk Asia itu.

Ia dilihat melanggar perjanjian untuk mematuhi segala objektif dan perlembagaan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) dan Astaf seperti dimeterai pada 14 Mac 2008.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, pihaknya hanya boleh mencampuri urusan badan persatuan sekiranya terdapat pelanggaran daripada faktor pembangunan sukan.

“Apa yang penting, pembangunan sukan itu sendiri. Sekiranya pembangunan sepak takraw terganggu atau terjejas, maka kita akan ambil tindakan mana yang wajar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya