Pochettino letak dua syarat untuk kembali ke Tottenham - Utusan Malaysia

Pochettino letak dua syarat untuk kembali ke Tottenham

MAURICIO POCHETTINO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mauricio Pochettino meletakkan dua syarat kepada Tottenham sebelum bersetuju untuk kembali membimbing kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.

Syarat pertama, pengendali dari Argentina itu mahu Spurs menawarkan kontrak jangka panjang sekurang-kurangnya empat tahun.

Kedua, dia mahu diberikan kuasa lebih besar dalam menentukan pemain yang dimahukan pada pasaran perpindahan berbanding dengan layanan yang diterima di Paris Saint-Germain (PSG) ketika ini.

Selain Pochettino, seorang lagi jurulatih yang berada dalam senarai akhir adalah pengendali dari Itali, Antonio Conte yang baru meletak jawatan sebagai pengurus Inter Milan selepas membawa kelab itu merangkul kejuaraan Serie A pertama dalam tempoh sedekad.

Bagaimanapun, Conte turut menjadi buruan Real Madrid yang baru ditinggalkan oleh Zinedine Zidane.

HARRY KANE

Menurut akhbar Itali, Gazzetta Dello Sport, Conte lebih teruja dengan perpindahan ke Tottenham kerana dia gembira berada di London sepanjang membimbing Chelsea.

Tottenham dilaporkan mahu membawa pulang Pochettino dalam usaha untuk mengekalkan Harry Kane bersama kelab London itu untuk sekurang-kurangnya semusim lagi.

Menurut The Sun, Tottenham akan memulakan rundingan dengan PSG esok dalam usaha membawa pulang jurulatih berusia 49 tahun itu dan pengurus kelab, Daniel Levy mengakui menyesal memecat jurulatih tersebut pada November 2019.

Pochettino, 49, menjulang trofi pertamanya bersama PSG sejak tiba di Paris, Januari lalu dengan membawa mereka muncul juara Piala Perancis dan Piala Super Perancis, namun gagal mengekalkan dominasi Ligue 1, selain tewas pada separuh akhir Liga Juara-Juara.

Pemilik PSG, Tamim Hamad sudah mengarahkan pengarah kelab, Leonardo agar mula mencari pengurus baharu kerana tidak gembira dengan cara kerja Pochettino.

Jika pengendali dari Argentina itu kembali ke Spurs, peluang untuk Kane kekal bersama kelab cerah meskipun penjaring terbanyak EPL itu sudah menyuarakan hasrat bertukar angin kerana mahu memburu trofi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya