PJ City kekal guna 100 peratus 'Buatan Malaysia' - Utusan Malaysia

PJ City kekal guna 100 peratus ‘Buatan Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Petaling Jaya (PJ) City akan terus mempertaruhkan khidmat pemain tempatan dan menolak sebarang kemasukan pemain import dalam usaha memperkukuhkan kedudukan pasukan itu untuk terus bersaing dalam Liga Super musim depan.

Jurulatihnya, P. Maniam berkata, pihak pengurusan mahu memanfaatkan sepenuhnya jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) untuk mendapatkan beberapa pemain baharu dalam usaha
memperbaiki kedudukan pasukanya.

“Kita sudah mengenal pasti antara satu atau dua pemain tempatan untuk ditawarkan menyarung jersi PJ City.

“Kita belum mengenal pasti siapa pemain tersebut. Minggu depan kita akan memuktamadkan siapa mereka dan kita akan umumkan.

“Pemain yang kita cari adalah di bahagian serangan kerana kelemahan kita kerana tidak ada tindakan penyudah yang boleh membawa kemenangan,” ujarnya selepas tamat perlawanan yang berkesudahan seri 0-0 berdepan Melaka United semalam.

Maniam menegaskan, pihak pengurusan PJ City tidak berhasrat untuk mendapatkan pemain import kerana sudah cukup selesa mempertaruhkan pemain tempatan sejak awal musim Liga Super bermula.

PJ City satu-satunya pasukan dalam saingan Liga Super tidak mendapat khidmat pemain import buat mengharungi saingan Liga Super musim 2021.

Justeru kata bekas pemain skuad Selangor itu, pemain tempatan yang akan ditawarkan kontrak menyarungi jersi skuad tersebut mestilah berkualiti dan boleh menjaringkan gol.

“Jika tidak ada pemain yang menepati kriteria yang kita mahukan nampaknya PJ City akan terus mempertaruhkan gandingan serangan menerusi Mahali Jazuli dan Mohd. Khyrill Muhymeen,” ujarnya.

Buat jurulatih itu, beliau sangat berpuashati dengan prestasi gandingan pemain tempatan sejak dari awal musim cuma amat kecewa ketumpulan di barisan serangan untuk mengutip tiga mata penuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya