Perak tak halang pemain berhijrah - Utusan Malaysia

Perak tak halang pemain berhijrah

PEMAIN Perak FC keluar dari Stadium Perak selepas perjumpaan dengan pengurusan pasukan berhubung isu gaji di Ipoh semalam. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak tidak akan menghalang pemain yang mahu meninggalkan kelab berkenaan dan beraksi bersama pasukan lain pada masa depa .

Ahli Lembaga Pengarah Perak, Datuk Sham Mat Sahat berkata, skuad Bos Gaurus itu hanya memberikan keutamaan kepada pemain yang ada ‘jiwa’ dan mahu berjuang bersama pasukan Bos Gaurus

“Kita nak pemain yang ada ‘jiwa’ dengan Perak. Kalau rasa nak keluar main dengan pasukan lain sebab tak dapat gaji dua bulan, kita tak akan halang.

“Pemain sedia ada ini pun kalau nak berhijrah kita tidak akan halang kerana kita nak ‘jiwa’ dia (pemain) dengan negeri Perak.

“Malah, kita juga bertanya kepada mereka siapa yang mahu bermain dan siapa yang tidak mahu bermain (menentang Sri Pahang), di Stadium Perak, malam ini.

“Untuk makluman, pemain telah melahirkan rasa kekesalan dan akan bermain untuk menang dengan Pahang malam in,” katanya kepada pemberita setelah mengadakan perjumpaan dengan pemain di sini semalam

Beliau yang juga Bendahari Persatuan Bola sepak Perak (Pafa )berkata, demikian ketika mengulas berhubung dua pemain tonggak Bos Gaurus, Shahrul Mohd Saad dan Guilherme De Paula yang menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).

Mengulas mengenai perjumpaan dengan pemain Bos Gaurus, Sham berkata, perjumpaan berkenaan berlangsung dengan harmoni dengan kedua-dua pihak masing-masing mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya