Perak, Sarawak juga tinggalkan PSM - Utusan Malaysia

Perak, Sarawak juga tinggalkan PSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) kini diibaratkan sedang retak menanti belah apabila dua lagi ahli gabung mereka, Perak dan Sarawak bertindak keluar daripada badan induk tersebut berkuat kuasa serta merta.

Pengunduran Persatuan Sepaktakraw Perak Darul Ridzuan (Persedar) dan Persatuan Sepaktakraw Negeri Sarawak (PSS) itu sekaligus menyaksikan tinggal tujuh lagi ahli gabungan  masih bersama PSM selepas Negeri Sembilan turut berundur hari ini.

“Bagi memastikan kelangsungan pembangunan sukan sepak takraw negara, Persedar melalui Mesyuarat Jawatankuasa Induk yang telah diadakan hari ini (semalam) memutuskan penarikan diri daripada ahli gabungan PSM berkuat kuasa serta merta.

“Dalam masa sama, kami menyokong usaha penubuhan persatuan badan induk negara yang baharu bagi memastikan kelangsungan sukan sepak takraw terus maju ke hadapan,” kata Presiden Persedar, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak) muncul ahli gabungan pertama ‘bercerai’ dengan PSM, diikuti Persatuan Sepak Takraw Johor (PSJ), Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS), Persatuan Sepak Takraw Negeri Kedah (Pestak) dan Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT).

Bertambah parah, masa depan PSM juga semakin kelam selepas mereka digugurkan daripada menjadi ahli gabungan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) berkuatkuasa kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya