Perak rasai nikmat kemenangan semula - Utusan Malaysia

Perak rasai nikmat kemenangan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga mata yang dinanti-dinantikan Perak akhirnya menjelma di perlawanan ke-12 Liga Super apabila mengatasi Petaling Jaya (PJ) City 1-0 di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, skuad bimbingan Chong Yee Fatt turun di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kemarau kemenangan dalam empat perlawanan terakhir.

Skuad Bos Gaurus yang kali terakhir meraih kemenangan ketika menewaskan UiTM 3-2 pada 7 April lalu, meraih gol tunggal menerusi pemain pinjaman dari Sri Pahang, Sergio Aguero.

Jaringan tersebut hadir pada minit ke-26 selepas memanfaatkan bola muntah pertahanan PJ City dalam kotak penalti.

Kejayaan tersebut penting bagi Perak untuk memperbaiki kedudukan di kelompok bawah Liga Super waktu ini.

Bos Gaurus menaiki satu anak tangga ke kedudukan sembilan dengan mengumpul 12 mata hasil 3 kemenangan, 3 seri, 6 kalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya