Penyokong Melaka tambah berang - Utusan Malaysia

Penyokong Melaka tambah berang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka United Fans makin berang dengan aksi longlai skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan apabila sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika berdepan Petaling Jaya (PJ) City, malam kelmarin.

Terdapat sekumpulan penyokong membentang kain rentang berunsur provokasi kepada kelab tersebut sewaktu perlawanan itu berlangsung.

Lebih mengejutkan sejurus pengadil perlawanan, meniup wisel penamat, percikan bunga api dipasang di luar stadium seolah-olah meraikan ‘kejayaan’ Melaka.

Keputusan 0-0 dalam saingan di Stadium Hang Jebat itu menyaksikan Sang Kancil kini menghuni tangga kedua tercorot dengan 11 mata selepas mencatat tiga menang, lima seri, lima kalah.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kedudukannya bersama Melaka, Zainal menjawab, beliau masih menjalankan tugas selagi tiada arahan dikeluarkan oleh pihak atasan.

Selain itu katanya, Stefan Nikolic dan Alex Gocalves langsung tidak bermaya walaupun memiliki banyak peluang di depan pintu gol.

“Jika saya diberi kepercayaan lagi, saya akan merombak barisan serangan yang jelas terlalu tumpul untuk melakukan jaringan,” ujarnya.

Ujarnya, Melaka perlu pemain baharu untuk ditambat khususnya bagi memperbaiki tindakan penyudah buat pasukan itu mengharungi baki saingan Liga Super yang akan bersambung semula Julai ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya