Penyokong Man. U 'berjemaah' serang Solskjaer - Utusan Malaysia

Penyokong Man. U ‘berjemaah’ serang Solskjaer

REAKSI Ole Gunnar Solskjaer seleepas Manchester United tewas kepada Villarreal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: ‘Menyedihkan’.

Itu reaksi penyokong Manchester United yang menyalahkan Ole Gunnar Solskjaer kerana takut mengambil risiko selepas pasukan itu tewas menerusi penentuan sepakan penalti 10-11 kepada Villarreal dalam final Liga Europa hari ini.

Selepas perlawanan terikat 1-1 dalam masa sebenar, penjaga gol, David de Gea diharap menjadi wira Red Devils, namun sebaliknya dia bukan saja gagal menyekat semua tendangan lawan, malah sepakannya tidak menerjah ke gawang.

Sebelum perlawanan bermula, ramai yang mempertikaikan apabila Solskjaer menyenaraikan De Gea dan bukan Dean Henderson yang berada pada prestasi terbaik, malah mereka lebih marah apabila jurulatih tetap mengekalkan De Gea pada penentuan sepakan penalti.

Peminat percaya, Henderson sepatutnya menjadi pilihan sekurang-kurangnya dalam situasi penentuan penalti kerana dia memiliki rekod jauh lebih baik berbanding De Gea, malangnya Solskjaer tidak berani melakukan pertukaran penjaga gol.

DAVID de Gea turut menjadi sasaran kritikan penyokong United.

Mereka sebelum itu turut kecewa dengan tindakan Solskjaer enggan mengeluarkan Marcus Rashford yang mempamer aksi hambar sepanjang permainan.

Pemain Red Devils dilihat hilang punca dan gagal beraksi di bawah keupayaan sebenar biarpun berjaya menyamakan kedudukan menerusi Edinson Cavani pada minit ke-55 selepas dikejutkan dengan gol pembukaan Villarreal menerusi Gerard Moreno pada minit ke-29.

“David de Gea melepaskan 25 sepakan penalti berturut-turut buat Manchester United. Mengapa dia tidak masukkan Henderson dalam penentuan penalti?,” tulis pemilik akaun Samuel Luckhurst di Twitter kelab.

“Kali terakhir De Gea menyelamatkan sepakan penalti pada 2016, sejak itu Dean Henderson telah menyelamatkan 6 penalti,” kata UnitedReds.

Beberapa keputusan Solskjaer dalam perlawanan itu turut memberi kesan buruk kepada United, terutama selepas dia enggan melakukan pertukaran ketika saingan memasuki masa tambahan dan membiarkan Villarreal mendapat momentum.

REAKSI pemain Manchester United ketika tewas kepada Villarreal.  – AFP

“Solskjaer sepatutnya tahu David De Gea mempunyai rekod buruk dalam menyelamatkan penalti. Mengapa tidak ganti dengan Henderson? Keputusan yang memberi padah buat pasukan,” tulis Liam G.

“Solskjaer tahu De Gea tidak pernah mengambil penalti sejak 2014 tetapi enggan menggantikan dia dengan Dean Henderson!,” kata Sergey Karataev.

“Dean Henderson menyelamatkan 8 daripada 19 penalti sepanjang kariernya, manakala De Gea hanya selamatkan 11 daripada 64. Dea Gea amat menyedihkan, Ole Gunnar Solskjaer lebih menyedihkan,” tulis Country Billy.

“Kekalahan ini sama sekali berpunca daripada kebodohan Solskjaer. Dia tahu De Gea tidak boleh menyelamatkan penalti tapi masih tidak mahu memasukkan Henderson. United tidak akan menang trofi di bawah Solskjaer,” tulis seorang lagi peminat, Shamik Chakrabarty.

Kekalahan ini bermakna, Solskjaer masih gagal menjulang sebarang trofi sejak menjadi pengurus United tiga tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya