Pengurus Perak FC II letak jawatan - Utusan Malaysia

Pengurus Perak FC II letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC II kehilangan khidmat pengurus pasukan, Azman Noh yang meletak jawatan mulai 1 Jun ini.

Azman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Man terpaksa berbuat demikian kerana namanya turut didaftarkan oleh pasukan Manjung City FC sebagai pengurus dalam saingan Liga M3 nanti.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Manjung. dilantik sebagai pengurus Perak II pada 1 Mei lalu.

“Saya sudah didaftarkan di dalam pasukan Manjung City FC bagi menghadapi Liga M3 yang akan bermula nanti.

“Peraturan Liga Bola Sepak Malaysia ( MFL) tidak membenarkan seseorang memegang dua jawatan.

“Saya dengan ini memohon untuk mengundur diri dari pasukan Perak II,” kata Azman, 44.

Justeru, beliau berharap pemain memberikan yang terbaik untuk pasukan bimbingan Syamsul Saad itu.

Beliau mengingatkan pemain Perak II supaya cekalkan semangat kerana merekalah orang yang akan mengisi kekosongan di Liga Super kelak berikutan penghijrahan ramai pemain senior baru-baru ini.

“Ada hikmah dengan apa yang berlaku. Anggaplah apa yang berlaku sebagai satu cabaran untuk kamu di dalam dunia bola sepak,” katanya.

Dia turut berjanji untuk terus memberi sokongan dan bantuan kepada pemain pasukan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya