Pengorbanan raya atlet negara - Utusan Malaysia

Pengorbanan raya atlet negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet kebangsaan yang terpaksa mengorbankan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga kerana perlu menjalani kem latihan secara kuarantin di Bukit Jalil menyambut 1 Syawal secara sederhana hari ini.

Ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), atlet yang sedang melakukan persiapan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo (Julai hingga September) serta Sukan SEA Hanoi (November) mula menjalani latihan secara kuarantin sejak minggu lalu.

Antara venue latihan adalah di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil dan Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail turut meluangkan masa bersama atlet menunaikan solat sunat Aidilfitri dan meraikan sambutan Hari Raya di Kafe Atlet, Bukit Jalil dengan menikmati juadah seperti lemang, ketupat dan rendang.

“Kepada semua warga sukan negara, marilah kita bersatu, berjuang dalam memerangi pandemik ini demi Malaysia tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita,” kata Shapawi dalam video yang dimuatnaik Facebook MSN.

Gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi yang dalam persiapan menghadapi Sukan Olimpik turut menyampaikan salam lebaran kepada peminat di media sosial.

“Kepada semua yang sempat bersama keluarga, syukur dan hargailah masa istimewa ini dan kami bersama anda yang tidak dapat berbuat demikian.

“Saya harap kita bersama boleh mengharungi masa sukar ini, ” katanya.

Seramai 273 atlet menjalani latihan pusat di Bukit Jalil sebagai menghadapi persiapan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo serta Sukan SEA di Hanoi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya