Pemburuan 2 slot terakhir Eropah makin sengit, mendebarkan - Utusan Malaysia

Pemburuan 2 slot terakhir Eropah makin sengit, mendebarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perebutan dua tiket terakhir Liga Juara-Juara semakin mendebarkan selepas Chelsea menumpaskan Leicester 2-1 pagi tadi untuk merampas kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan itu bukan saja membalas dendam Blues terhadal The Foxes atas kekalahan 1-0 pada final Piala FA, malah menghidupkan peluang untuk menamatkan kempen dalam kelompok empat terbaik.

Ketika saingan berbaki satu perlawanan, Chelsea kini mengumpul 67 mata, satu mata di depan Leicester dan empat mengatasi pasukan kelima, Liverpool, yang mempunyai dua lagi saingan untuk diharungi.

Chelsea masih perlu menang di Aston Villa dalam aksi terakhir liga , Ahad ini untuk mengesahkan tiket ke kejohanan kelab elit Eropah.

Liverpool pula akan berkongsi 66 mata bersama Leicester jika mengalahkan Burnley pagi esok dan itu bermakna perlawanan terakhir liga menjadi penentu nasib kedua-dua pasukan.

Leicester akan menerima kunjungan Tottenham pada hari terakhir manakala Liverpool menutup kempen dengan bertemu Crystal Palace di Anfield.

Perbezaan gol di antara Leicester (20) dan Liverpool (21) yang sangat rapat memerlukan peraturan rekod pertemuan diguna pakai untuk menentukan siapa akan menduduki tangga keempat jika kedua-dua pasukan terikat di hari terakhir, manakala Chelsea memenangi aksi penutup.

Jika senario itu berlaku, Reds memiliki kelebihan selepas mengalahkan Leicester 3-0 di Anfield pada November dan tewas 1-3 di Anfield, Februari lalu.

Dalam aksi di Stamford Bridge pagi tadi, jaringan Antonio Rudiger dan sepakan penalti Jorginho memastikan tiga mata berharga buat Chelsea menuju ke penghujung liga yang amat mendebarkan.

“Penyokong membawa perbezaan besar hari ini.

“Tugas masih belum selesai, namun nasib pasukan sekarang di tangan kami sendiri. Kami memerlukan satu lagi persembahan baik di Aston Villa,” kata pengurus Chelsea, Thomas Tuchel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya