Pasukan Liga M boleh berlatih secara berpusat - Utusan Malaysia

Pasukan Liga M boleh berlatih secara berpusat

AB. GHANI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Liga Malaysia (Liga M) boleh meneruskan latihan, namun secara ‘camp-based training’ atau berpusat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula esok hingga 14 Jun.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, hanya latihan berpusat dibenarkan bagi fasa pertama PKP, manakala aktiviti lain seperti perlawanan persahabatan atau rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan.

Katanya, MFL berterima kasih di atas keperihatinan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memberi kelulusan kepada pasukan Liga M meneruskan latihan ketika sekatan pergerakan penuh fasa pertama.

“Ia pasti banyak membantu pasukan khususnya JDT (Johor Darul Ta’zim) yang akan mengharungi Liga Juara-Juara Asia (ACL) bermula 21 Jun, manakala KDA FC dan Terengganu (Piala AFC) pada 22 Jun.

“Sehubungan itu, MFL menggesa semua pasukan memberi kerjasama yang baik agar mematuhi SOP yang dikuatkuasakan serta memberi kerjasama kepada agensi kerajaan dan komisioner perlawanan dilantik yang ditugaskan untuk memantau pelaksanaan SOP (prosedur operasi standard) di peringkat pasukan.

“Sebarang kecuaian atau pelanggaran SOP akan mengakibatkan pasukan boleh dikenakan tindakan oleh MFL atau kerajaan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setakat ini, empat pasukan Liga Super iaitu JDT, Kedah, Terengganu dan UiTM FC serta dua kelab Liga Perdana, Terengganu II serta PDRM FC sudah mendapat kelulusan MFL untuk mengadakan latihan camp-based training.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya