Pandelela raih emas Terjun Piala Dunia - Utusan Malaysia

Pandelela raih emas Terjun Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persiapan Pandelela Rinong untuk menghadapi Sukan Olimpik berjalan sempurna apabila memenangi pingat emas 10 meter (m) platform individu dalam Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo, hari ini.

Pandelela mengumpul 355.70 mata untuk meraih emas menewaskan penerjun tuan rumah, Matsuri Arai di tempat kedua dengan 342 mata manakala Caeli Mckay dari Kanada ketiga, 338.55 mata.

Dia yang meraih pingat gangsa acara sama pada Sukan Olimpik 2012 di London hanya menduduki tempat keempat selepas terjunan pertama namun bangkit menguasai Pusat Akuatik Jepun selepas terjunan kedua sehingga penamat.

Sebelum itu, seorang lagi wakil negara dalam acara berkenaan, Cheong Jun Hoong terkandas di separuh akhir.

Jun Hoong yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik dalam acara berkenaan semalam, melengkapkan saingan separuh akhir di tempat ke-18.

Jun Hoong merekodkan 237.35 mata manakala Pandelela berada di tangga ketiga terbaik pada separuh akhir dengan 333.00 mata.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut mengucapkan tahniah kepada Pandelela atas kejayaan membanggakan itu.

“Tahniah @Pandelela_R!! Kejayaan ini terus menyemarakkan semangat kita semua sebelum acara yang terbesar tahun ini. So so proud of you Pandelela (sangat berbangga dengan kamu Pandelela),” tulis Reezal di akaun Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya