Nicodemus tuai emas ketiga Piala Dunia Powerlifting - Utusan Malaysia

Nicodemus tuai emas ketiga Piala Dunia Powerlifting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet kebangsaan, Nicodemus Manggoi Moses menjadi penyumbang pingat emas ketiga Malaysia dalam Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia di Bangkok, Thailand hari ini.

Kejayaan itu juga melonjakkan kedudukan Nicodemus ke tangga ke-12 dalam laluan ke kejohanan Paralimpik Tokyo.

Dalam perebutan pingat emas itu menyaksikan pertarungan tiga penjuru yang berakhir dengan kemenangan berpihak kepada atlet kelahiran Sarawak itu selepas mengenepikan dua pencabaranya, Ton Yarnpairat dari Thailand dan Salam Al Shakakee (Iraq) dalam kategori 88 kilogram (kg).

Angkatan seberat 190kg yang dilakukan Nicodemus menghadiahkan pingat emas buatnya dengan mengatasi Ton di tempat kedua dan Salam di tempat ketiga.

Kem Malaysia sebelum ini telah merangkul dua pingat emas dalam kejohanan berkenaan menerusi Bonnie Bunyau Gustin bagi kategori 72kg dan Bibiana Ahmad dalam kategori wanita 67kg.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya