Misi empat terbaik Tottenham makin terancam - Utusan Malaysia

Misi empat terbaik Tottenham makin terancam

PENYERANG Tottenham, Harry Kane kecewa selepas jaringannya dibatalkan pengadil akibat ofsaid ketika menentang Leeds United di Elland Road hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Misi Tottenham untuk menempatkan diri dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris menerima tamparan hebat apabila dimalukan 3-1 oleh Leeds di Elland Road sebentar tadi.

Kekalahan itu menafikan peluang Spurs untuk melonjak ke kedudukan kelima liga ketika saingan berbaki tiga perlawanan, sebaliknya pasukan yang dibimbing oleh jurulatih sementara, Ryan Mason kekal di kedudukan keenam.

Jaringan Stuart Dallas seawal minit ke-13 mengejutkan Tottenham, namun Son Heung Min menyamakan kedudukan lapan minit berselang.

Bagaimanapun, Patrick Bamford kembali meletakkan Leeds di depan sebelum tamat babak pertama menerusi jaringannya pada minit ke-42.

Rodrigo melengkapkan kemenangan bergaya Leeds apabila meledak gol ketiga mereka pada minit ke-84 perlawanan.

Susulan kekalahan itu, Spurs kekal di tangga keenam liga dengan mengumpul 56 mata, lima mata di belakang penghuni tangga keempat, Chelsea yang akan bertemu pendahulu, Manchester City, awal pagi nanti.

Leeds pula berjaya melonjak ke tangga kesembilan liga dengan kini mengutip 50 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya