Melaka United ikat dua pemain Serie D Brazil - Utusan Malaysia

Melaka United ikat dua pemain Serie D Brazil

JUSTIN Lim (tengah) bersama dua pemain import baharu Melaka United, Adriano Aperecido Narcizo (kiri) dan Giovane Gomes da Silva.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua pemain dari Brazil, Giovane Gomes da Silva dan Adriano Aperecido Narcizo menjadi pertaruhan Melaka United (MU) di bahagian serangan apabila mereka kini sah menyarung jersi skuad Sang Kancil mengharungi saingan Liga Super yang akan bersambung Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC (MUFC), Datuk Seri Justin Lim berkata, kedua-dua pemain itu ditawarkan kontrak sehingga hujung Disember.

Menurutnya, jika kedua-duanya mempamer aksi menarik dan membantu MU memperbaiki kedudukan dalam Liga Super, mereka akan terus ditawarkan kontrak  dua tahun pada musim berikutnya.

“Saya tidak sangsi dengan keupayaan Gomes dan Narcizo. Saya sudah melihat aksi mereka menerusi video dalam Serie D Brazil selain memperoleh beberapa maklumat mengenai mereka.

“Yang pasti, mereka  akan menyelesaikan masalah ketumpulan jentera serangan MU yang menjadi punca skuad Sang Kancil menduduki dua tangga terakhir Liga Super,” ujarnya ketika
dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Gomes, 26, bermain dalam Serie D Brazil mewakili kelab Ser Caxias do Sul manakala Narcizo juga dari liga yang sama beraksi untuk kelab Galvez Esporte Clube mengikat kontrak disaksikan
Lim di Kuala Lumpur petang ini.

Dalam pada itu Lim turut mengesahkan MUFC telah berjaya menambat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Gary Steven Robbat melalui pinjaman.

Ditanya mengenai keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang tidak membenarkan MUFC mengikat pemain import atau menambat pemain tempatan pada jendela perpindahan kedua beliau berkata, semua masalah itu telah diselesaikan.

“Saya telah menerima surat kebenaran daripada FIFA untuk mengikat dua pemain Brazil dan mendapat khidmat Steven Robbat melalui pinjaman dari JDT,” ujarnya.

Menurutnya, tunggakan gaji pemain dan pegawai tahun lalu telah dijelaskan dan badan bola sepak dunia, FIFA memberi kebenaran untuk MUFC mengikat mana-mana pemain sewaktu jendela perpindahan kedua.

Beliau yang enggan menjelaskan secara terperinci jumlah tunggakan yang dibuat oleh MUFC menegaskan, tumpuan kini adalah untuk memastikan MU tidak tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya