Manchester United mahu jual 9 pemain - Utusan Malaysia

Manchester United mahu jual 9 pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer sudah menyenaraikan sembilan pemain yang akan dijual apabila pasaran perpindahan dibuka bulan depan.

Selepas menutup kempen tanpa trofi buat buat musim ketiga berturut-turut, sudah tiba masanya Red Devils melakukan rombakan besar-besaran dengan membawa masuk beberapa bintang baharu.

Bagaimanapun bagi membolehkan pembelian baharu dilakukan dan memperoleh dana yang cukup, ramai pemain perlu dilepaskan.

Mendapatkan pembeli sesuai untuk semua pemain yang mahu dijual adalah cabaran terbesar United selepas pandemik Covid-19 menjejaskan poket kebanyakan kelab di seluruh dunia.

Jadon Sancho menjadi sasaran No. 1 untuk dibeli. United juga dikaitkan dengan Harry Kane, Raphael Varane, Erling Haaland dan Pau Torres.

PEMAIN DALAM SENARAI UNTUK DIJUAL

PAUL POGBA
Bintang tengah Perancis ini memasuki tahun terakhir kontraknya di Old Trafford dan ejennya, Mino Raiola mengakui pemain itu mahu meninggalkan kelab.

Bagaimanapun United tidak mahu kehilangan pemenang Piala Dunia itu tanpa mendapat sesen pun selepas membelinya pada harga 89 juta pound (RM522 juta), lima tahun lalu. Melepaskan Pogba, 28, sekarang adalah pilihan terbaik.

JESSE LINGARD
Selepas beraksi cemerlang sepanjang dipinjamkan kepada West Ham, Lingard menjadi buruan beberapa kelab di pasaran.

Bermakna, United boleh meletakkan harga lebih baik untuk pemain tengah England itu.

DAVID DE GEA
Perebutan jersi No. 1 United hampir pasti akan dimenangi Dean Henderson, yang diturunkan dalam kebanyakan perlawanan berbanding De Gea.

Kegagalan penjaga gol Sepanyol itu menyelamatkan semua sepakan penalti, selain gagal menyempurnakan tendangan ketika pasukannya tewas kepada Villarreal dalam final Liga Europa mendorong Solskjaer kembali memilih Henderson sebagai pilihan utama.

NEMANJA MATIC
Berkhidmat dengan baik sejak empat tahun lalu tapi sering kehilangan tempat kepada Fred dan Scott McTominay, manakala Donny van de Beek bersedia merebut posisi sama musim depan.

Pemain tengah Serbia berusia 32 tahun itu sudah berhubung dengan pengurus lamanya, Jose Mourinho untuk berhijrah ke AS Roma biarpun menandatangani kontrak baharu sehingga 2023, tahun lalu.

ANDREAS PEREIRA
Perkembangan pemain tengah Brazil ini amat perlahan sejak menyertai United pada 2014. Dia juga bergelut sepanjang dipinjamkan ke Lazio, menyebabkan masa depannya tidak selamat.

DANIEL JAMES
Jika Sancho menjadi keutamaan, ia berita buruk buat James yang sudahpun sukar merebut tempat dalam kesebelasan utama di bawah Solskjaer.

Leeds United berminat mendapatkan pemain sayap Wales itu musim lalu dan mungkin cuba mendapatkannya semula musim depan.

PHIL JONES
Ramai yang terlupa Phil Jones masih pemain United kerana dia tidak diturunkan walaupun seminit musim ini.

Biarpun dihimpit kecederaan panjang, pertahanan berusia 29 tahun itu masih menikmati gaji 100,000 pound (RM586,500) seminggu, beban yang mahu dibuang United.

DIOGO DALOT
Selepas dipinjamkan kepada AC Milan, pertahanan Portugal itu menunjukkan peningkatan dengan membawa kelab tersebut muncul naib juara Serie A.

Bagaimanapun masa depannya bukan di Old Trafford kerana United mahu mencari bek kanan baru dan akan menjual pemain berusia 22 tahun itu bagi mendapatkan tunai.

TAHITH CHONG
Pemain sayap Belanda berusia 21 tahun ini dianggap prospek besar ketika tiba di Old Trafford pada 2018, namun gagal menyerlah dan tidak memberi impak sejak pulang dari pinjaman di Club Brugge.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya