Manchester City sedia ‘korban’ Sterling, Mahrez - Utusan Malaysia

Manchester City sedia ‘korban’ Sterling, Mahrez

RAHEEM Sterling (kiri) dan Riyad Mahrez mungkin dilepaskan oleh Manchester City pada pasaran perpindahan akan datang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Raheem Sterling mengetuai senarai pemain yang bakal dilepaskan Manchester City pada pasaran perpindahan bulan depan ketika Pep Guar­diola merancang untuk membina skuad ‘era’ baharu dengan barisan lebih segar.

Juara Liga Perdana Inggeris itu merancang untuk mengukuhkan pasukan tanpa mengambil kira apa keputusan final Liga Juara-Juara menentang Chelsea.

Sejak akhir musim lalu, Sterling sering gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan menurut akhbar Daily Mail, Guardiola sedia menerima sebarang tawaran buat pemain berusia 26 tahun itu.

Bintang sayap England itu bukan satu-satunya nama besar yang sedia dilepaskan. City juga akan mengorbankan pemain sayap yang cukup menyinar musim ini, Riyad Mahrez.

Mahrez, 30, cemerlang sejak akhir-akhir ini, terutama ketika City menyingkirkan Paris Saint-Germain dalam separuh akhir Liga Juara-Juara, namun skuad Citizens akan melepaskannya jika menerima tawaran sesuai.

Kedudukan penyerang ­Brazil, Gabriel Jesus dan bek tengah Perancis, Aymeric Laporte juga goyah.

Arsenal difahamkan berminat mendapatkan Sterling dan Mahrez. Pengendali Gunners, Mikel Arteta bekerja sama de­ngan kedua-dua pemain ketika menjadi pembantu Guardiola di City.

Bagaimanapun tuntutan kewangan yang tinggi, selain tidak melayakkan diri ke pentas Eropah menyebabkan kelab London itu mungkin berdepan kesukaran untuk membawa ­bintang.

Barcelona dan Real ­Madrid sudah lama berminat de­ngan Sterling, justeru Sepanyol mungkin menjadi destinasi seterusnya jika dia dilepaskan oleh kelab. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya