Malaysia layak semua acara - Utusan Malaysia

Malaysia layak semua acara

LEE ZII JIA (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Misi awal badminton Malaysia berjaya dicapai apabila menempatkan wakil dalam semua lima acara yang dipertandingkan pada Sukan ­Olimpik Tokyo sebaik saja kempen kelayakan berakhir.

Fokus seterusnya kini terarah kepada misi memburu pingat yang bakal diketuai jaguh perseorangan, Lee Zii Jia serta pemenang pingat perak Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, persiapan semua pemain yang layak ke temasya 23 Julai hingga 8 Ogos itu sudahpun bermula, termasuk melibatkan beregu profesional, Peng Soon-Liu Ying.

“Kami turut memanggil Liew Daren untuk menjadi rakan sepelatih Lee Zii Jia, selain Tan Kian Meng-Lai Pei Jing untuk tujuan yang sama,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Selain juara All England, Zii Jia dan gandingan Peng Soon-Liu Ying, turut meraih tiket Olimpik Tokyo adalah Soniia Cheah (perseorangan wanita), Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki) dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (beregu wanita) dalam beregu wanita.

CHAN Peng Soon (kiri) dan Goh Liu Ying turut menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.

Kelmarin, Setiausaha Agung Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Thomas Lund mengesahkan proses kelayakan ke Sukan Olimpik sudah tamat tanpa ada sebarang penambahan kejohanan untuk pemain memburu mata.

Kejohanan kelayakan itu secara rasminya tamat pada 15 Jun dan ranking Race To Tokyo iaitu sistem kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak akan berubah.

“Surat jemputan akan diedar selepas segala proses selesai, namun kami perlu mendapatkan pengesahan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan dan Ahli Gabungan,” katanya.

Olimpik 2016 me­nyaksikan badminton melakar sejarah meraih tiga perak menerusi Datuk Lee Chong Wei (perseorangan lelaki), Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki) dan Peng Soon-Liu Ying (beregu campuran).

Kontinjen Malaysia menutup kempen di Brazil dengan keputusan terbaik apabila turut meraih perak menerusi Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong (terjun 10 meter platform seirama), selain gangsa acara trek berbasikal yang dihadiahkan Azizulhasni Awang (keirin).

Selain badminton, 13 lagi ­atlet negara sudah mengesahkan tiket Olimpik Tokyo setakat ini kesemuanya dalam acara terjun, pelayaran, berbasikal, memanah dan gimnastik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya