Korea Utara sah tarik diri - Utusan Malaysia

Korea Utara sah tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedudukan semua pasukan termasuk Malaysia bakal terjejas apabila Korea Utara sah menarik diri dari pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Perkara tersebut diumumkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerusi satu kenyataan hari ini.

Pengunduran tersebut bermakna keputusan perlawanan menentang pasukan tercorot dalam semua kumpulan tidak akan dikira.

Bagi saingan dari Kumpulan G, dua kemenangan dengan pungutan enam mata Malaysia selepas menumbangkan Indonesia tidak lagi dikira.

Malaysia bagaimanapun masih berpeluang ke slot automatik Piala Asia 2023 dan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 menerusi kedudukan tempat kedua terbaik.

Selain Malaysia dan Indonesia, turut berada dalam Kumpulan G adalah Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya