Konate benteng baharu Liverpool - Utusan Malaysia

Konate benteng baharu Liverpool

IBrAHIMA KONATE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas dihimpit krisis kecederaan pertahanan tengah hingga menjejaskan saingan mereka musim ini, Liverpool melakukan pembelian pertama sebaik saja Liga Perdana Inggeris  (EPL) berakhir dengan membawa masuk tonggak Perancis, Ibrahima Konate.

Reds dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan, pemain berusia 22 tahun itu mengikat kontrak jangka panjang selepas Liverpool membayar klausa pelepasan 36 juta pound (RM210 juta) kepada kelab Jerman, RB Leipzig.

“Saya amat gembira menyertai kelab besar seperti Liverpool.

“Ia saat yang sangat indah buat saya serta keluarga. Saya tidak sabar hendak bertemu rakan-rakan baharu, kakitangan kelab dan memulakan episod baru,” katanya kepada laman web rasmi Liverpool.

LIVERPOOL mengalu-alukan kehadiran Ibrahima Konate.

Konate adalah pembelian pertama dilakukan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp dan kehadirannya diharap mampu menyelesaikan krisis pertahanan yang dialami pasukan itu.

Kehilangan tiga pertahanan tengah berpengalaman, Virgil van Dijk, Joe Gomes dan Joel Matip menjejaskan kempen Reds musim ini, malah menyebabkan mereka gagal mempertahankan kejuaraan EPL.

Kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan mengenai kontrak dan Konate sudah lulus ujian kesihatan, namun dia hanya akan melapor diri selepas menamatkan tugasan bersama skuad Perancis yang akan beraksi dalam Kejohanan Eropah (Euro) bawah 21 tahun di Hungary dan Slovenia.

Kehadiran Konate bermakna Reds mungkin tidak akan mengambil Ozan Kabak secara tetap selepas meminjam pemain itu selama enam bulan dari Schalke. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya